Wednesday, May 31, 2006

Qualiti graduan

Hard-skills ialah apa yang kita peroleh semasa proses pembelajaran dalam kelas. Libat diri dengan aktiviti luar yang terkawal salah satu cara untuk meningkatkan soft-skills

"....Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan majikan swasta mensyaratkan penguasaan bahasa Mandarin dalam kriteria pengambilan pekerja sebagai berat sebelah dan beliau mahu perkara itu dihentikan.
.....ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada sidang Dewan Negara hari ini... jumlah siswazah yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan meningkat kepada 85,000 orang pada 2005, berbanding 45,000 orang pada 2000.
Katanya, Kajian Pengesahan Graduan bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 2005 menunjukkan, sebanyak 32 peratus daripada siswazah tersebut tidak mendapat pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian...Namun begitu, lazimnya peratusan ini akan berkurangan memandangkan kebanyakan mereka akan mula mendapat pekerjaan selepas tempoh itu,'' katanya....
antara faktor yang menyebabkan pengangguran di kalangan siswazah tempatan ialah wujudnya ketidaksepadanan antara institusi pengajian tinggi (IPT) dengan keperluan pasaran, sama ada dari segi kuantiti mahupun kualiti....Katanya, ketidaksepadanan itu berpunca daripada kurangnya kemahiran soft-skills di kalangan siswazah seperti kebolehan berkomunikasi, penguasaan bahasa Inggeris, keupayaan menyelesaikan masalah dan bekerja secara berpasukan."

diambil dari sini

KARISMA Lancar Tabung Gempa Bumi Yogya


Pelancaran Tabung Mangsa Gempa Yogya (KARISMA)

Segala kutipan di lokaliti boleh dimasukkan ke akaun RM 1 for Ummah atas nama

Wan Maryam Wan Zulkipli
Bank Muamalat M Bhd
No Akaun: 14030 04146 2725

Kutipan akan disalurkan melalui JIM International ke Indonesia.

Anjurkan kutipan kilat segera kerana ramai yang menanti bantuan kita semua. Terima Kasih.

Ada apa dengan Cinta?

Muhadarah Jun

Ada apa dengan Cinta?

dikupas oleh
Ustaz Yusran Hadi, LC
Pensyarah Institut Agama Islam Negeri,
Aceh Nanggaroe Darussalam

1 Jun 2006 (Khamis)
Jam9 malam
Tgkt 3, Econs Bldg
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

TOBACCO: DEADLY IN ANY FORM OR DISGUISE










Dalam edisi Bahasa Malaysia slogan untuk 'Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2006' peringkat kebangsaan bermaksud "Tembakau Berbahaya Dalam Apa Jua Bentuk Atau Samaran". Majlis bertempat di Panggung Percubaan UPM dirasmikan oleh Y.B. Dato' Ong Tee Keat, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia juga diraikan oleh seluruh penduduk dunia. Sambutan hari ini sewajarnya mendapat resopon yang baik buat kita bergelar muslim. Ayoh hentikan merokok.

Lain-lain:
(1) Lihat poster sambutan pelancaran disini
(2) Perubahan pemasaran rokok di Malaysia disini
(3) Hari Tanpa Tembakau Sedunia 1997 disini
(4) Respon rakan-rakan blog indonesia tentang hari tanpa tembakau disini
(5) Calls for all Indonesia bloggers to make three statement to quit smoking disini

Monday, May 29, 2006

MUZAKARAH AKTIVIS MUDA PALESTIN & ISU UMAT (MAMPU) SIRI 1
4 Jun 2006
Jam 8.30 pagi-1.00 tengahari
Dzilal Consultancy, Taman Sri Gombak
Anjuran: KARISMA dan GAMIS


Pengenalan
Amal Palestin dan isu umat sangat memerlukan sebuah gerakerja yang tersusun dan sistematik. Pelaksanaan kempen dalam amal Palestin sangat menghendaki tokoh dan aktivis yang komited dan berilmu. Segala kempen yang dirancang tidak akan membuahkan hasil sekiranya tidak disusun dengan baik dan tiada pembangunan aktivis dalam unjuran jangka masa yang panjang.

Atas dasar untuk membangunkan potensi aktivis dan menyusun gerakerja amal Palestin, maka Muzakarah Aktivis Muda Palestin & Isu Umat (MAMPU) ini dicetuskan sebagai persediaan melahirkan aktivis muda Palestin dan isu umat yang komited dan cemerlang. Semoga Allah memberikan kekuatan dan menyuburkan erti sebenar pengorbanan dalam diri kita dalam usaha pembebasan masjid Al-Aqsa dan kesuciannya. Ameen.

Visi
Menjana tokoh masyarakat yang professional dan komited dalam aktivisme amal Palestin dan isu umat

Objektif

· Membina kefahaman dan penguasaan terhadap isu Palestin dan isu umat Islam
· Membina ukhwah Islamiyyah dikalangan aktivis muda Palestin
· Menyusun gerakerja amal Palestin di peringkat belia di Malaysia
· Mewujudkan kerjasama erat dan akab dalam melaksanakan amal Palestin

Sasaran peserta
Aktivis muda isu umat dari seluruh IPT dan sekolah di Malaysia

Yuran
RM5 per peserta

Tentatif Program

8.30 pg Pendaftaran
9.00 pg Ucapan Pengerusi Majlis
Ucapan Pengarah program
9.15 pg Persembahan Multimedia
9.30 pg Ucapan Ust. Maszlee Malik
Timbalan Pengerusi, Institut al-Quds Malaysia
Tajuk: Bekalan untuk aktivis Palestin
11.00 pg Rehat
11.15 pg Taklimat Kempen Jom Selamatkan al-Quds
11.45 pg Soal jawab
12.00 tgh Resolusi Muzakarah
12.30 tgh Sesi Fotografi
Makan tengahari
Solat Zohor berjamaah
Bersurai

Barang siapa berminat, hubungi@ sms penyertaan kpd urusetia MAMPU (Siri 1) Sdri Habibah 019 2779776. Tempat terhad kepada 30 peserta sahaja.

Jom Selamatkan al-Aqsa...
*peluang utk rakan2 mengetahuai ttg isu palestin dan isu sekitarnya, ayuh!!

kemalangan waris

Kematian yang melibatkan saudara sebelah ummi tersiar di akhbar & berita di tv.
Kata babah, dia baru sahaja ziarah keluarga allahyarham semasa mereka pulang dari mekah. Tak berapa kenal tapi yang pasti ada bau-bau bacang.

Zainab hilang 6 tersayang sekelip mata

KOTA BHARU 28 Mei - Sembilan tahun lalu, Zainab Abdul Rahman, 60 kehilangan suaminya, Mohd. Zain Puteh yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pengkalan Chepa.
Semalam, tragedi hitam itu berulang kembali tetapi dalam keadaan lebih menyayatkan hati apabila ibu tunggal tersebut bukan sahaja kehilangan tiga anaknya serentak tetapi juga menantu dan dua cucunya setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 194.1 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berhampiran Hentian Rehat Gambang di sini.
Ketiga-tiga anak Zainab itu ialah suri rumah, Zuraidah Mohd.Zain, 44; juruteknik komputer di sebuah kilang di Hulu Klang, Zulkarnain, 29; dan pelajar perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak, Mohd. Zamak Shaari, 25.
Mereka terbunuh bersama tiga lagi mangsa iaitu isteri Zulkarnain yang bertugas sebagai kerani akaun, Suyhala @ Suhaila Abdul Razak, 28, yang mengandung enam bulan dan anak tunggal mereka Mohd. Zakuan Irfan, 3 serta anak bongsu Zuraidah, Wan Zulhelmi Wan Zahari, 5.
Bapa saudara mangsa, Zahari Mahmud, 50, berkata, dia mengetahui kemalangan itu kira-kira pukul 6 petang semalam setelah dimaklumkan oleh anggota polis yang datang ke rumahnya berpandukan cebisan kad pengenalan yang hanya mencatatkan nama `Mohd. Zain', lot rumah `No. 2090' dan poskod `16100.'
``Saya tidak sampai hati untuk menceritakan kejadian ini kepada Zainab kerana dia menghidap darah tinggi dan hanya memaklumkan kepadanya kira-kira pukul 2 pagi ini dan hingga kini sudah lebih tiga kali dia pengsan,'' katanya ketika ditemui di rumah Zainab di Kampung Batu Empat Suku, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Zahari berkata, hati siapa yang tidak pilu kerana Zainab baru sahaja berjumpa dengan ketiga-tiga anaknya, menantu dan dua cucu ketika mereka melawat seorang saudara yang dirawat di Pusat Perubatan Kuantan (KMC), kelmarin.
``Zulkarnain dan Mohd. Zamak Shaari berkelakuan agak pelik apabila sanggup melayan saya yang turut berada di KMC berbual sehingga Subuh manakala Suyhala @ Suhaila yang sebelum ini agak peramah lebih suka mendiamkan diri,'' ujarnya.
Jenazah Zulkarnain, Suyhala @ Suhaila, Mohd. Zakuan Irfan dan Mohd. Zamak Shaari dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kem Pengkalan Chepa di sini manakala Zuraidah dan Wan Zulhelmi di Tanah Perkuburan Islam Taman Seri Andalas, Klang.

diambil dari: sini

Sunday, May 14, 2006

Hari Ibu 2006

KENYATAAN MEDIA
Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
PERUTUSAN HARI IBU
2006 10 Mei 2006


Dr.Harlina Halizah Siraj
Ketua Wanita Pusat


Bantulah Ibu Melaksanakan Tugas dan Tanggungjawab Mendidik Anak-anak Zaman Ini
Setiap tahun semasa Hari Ibu disambut di seluruh dunia, jasa dan pengorbanan insan mulia bergelar ibu dinobatkan sebagai pencetus dan sumber inspirasi kejayaan serta kecemerlangan anak-anak. Dalam masa yang sama, para ibu sering diperingatkan dan disarankan supaya mempertingkatkan kemahiran, keprihatinan dan kesungguhan mereka dalam mendidik anak-anak yang bakal menjadi pemimpin generasi akan datang. Tidak kurang juga yang menyalahkan kaum ibu di atas apa yang dilihat sebagai `kegagalan’ memainkan peranan berkesan yang mengakibatkan akhlak dan tatacara kehidupan anak-anak remaja hari ni rosak dan pincang. Pembabitan kaum ibu dalam kerjaya di luar rumah dikatakan punca utama kurangnya tumpuan kepada penjagaan anak-anak dan rumahtangga.

Wanita JIM amat menyedari bahawa cabaran yang dihadapi oleh para ibu di zaman alaf baru ini sebenarnya amat mencabar sekali. Para ibu berhadapan dengan satu generasi anak-anak muda yang begitu terdedah kepada pelbagai suasana yang tidak dialami oleh generasi terdahulu. Menurut Dr. Gary Chapman, penulis buku `Five Love Languages for Teenagers’, remaja hari ini terdedah kepada lima situasi yang begitu mencabar yang tidak pernah dihadapi oleh generasi ibu dan bapa mereka iaitu :

• Kecanggihan teknologi
• Kadar keganasan yang tinggi
• Tabiat seksual kurang sihat
• Pegangan agama dan nilai yang semakin terhakis
• Institusi keluarga yang kucar kacir

Menurut beliau juga, terdapat beberapa keperluan yang sama bagi remaja hari ini dibandingkan dengan remaja di zaman dahulu, seperti keperluan untuk dikasihi, diiktiraf, didengari dan dibimbing dengan nilai dan pedoman hidup. Di samping itu, keadaan persekitaran juga memainkan peranan yang kritikal dalam membentuk keperibadian, citarasa dan pemikiran anak-anak. Keadaan ini mendesak perlunya kaum ibu menyusun perancangan untuk meningkatkan kemahiran dan kepekaan terhadap perkembangan semasa yang mempengaruhi kehidupan anak-anak mereka. Pepatah Arab yang mengatakan `Ibu adalah madrasah pertama anak-anak’ memberikan penekanan perihal pentingnya peranan ibu yang akan memperkenalkan dunia ini kepada anak-anaknya.

Dalam masa yang sama, Wanita JIM ingin menarik perhatian kepada satu aspek yang tidak sering diketengahkan dalam konteks peranan dan fungsi ibu. Melihat kepada betapa besarnya cabaran yang terpaksa dipikul, para ibu amat memerlukan sokongan, bantuan dan simpati dari semua pihak, terutamanya dari kaum lelaki yang berperanan sebagai suami dan bapa kepada anak-anaknya. Untuk memastikan para ibu dapat menjalankan peranannya dengan sempurna, mereka mestilah mendapat saraan hidup dan pembelaan secukupnya dari suami yang penyayang, amanah dan bertanggungjawab. Pendekata, para ibu tidak seharusnya dibebankan dengan permasalahan saraan dan keperluan mencari sesuap nasi, yang begitu jelas diperincikan oleh agama Islam, yang mana ianya diletakkan di atas bahu para suami dan bapa (rujuk Surah An-Nisa’, ayat 34). Sekiranya para ibu memilih untuk menjawat kerjaya di luar rumah, mereka tidak sepatutnya mengambil alih tanggungjawab menyara dan memenuhi keperluan ahli keluarga semata-mata kerana gajinya lebih lumayan dari pihak suami. Persetujuan rela pihak ibu berkerjaya untuk turut menyumbang dalam ekonomi keluarga adalah suatu pertimbangan yang wajar demi keharmonian keluarga. Namun ianya tidak boleh dipandang remeh ( taken for granted) atau sambil lewa oleh pihak suami khususnya, sehingga mencetuskan konflik yang rumit dan berpanjangan. Apabila tanggungjawab tidak dilaksanakan dengan sempurna, pastinya berlaku kepincangan yang ketara dalam kepimpinan rumahtangga yang sering berakhir dengan keruntuhan institusi kekeluargaan. Wanita JIM menyelar tindakan zalim segolongan suami dan bapa yang tergamak mengabaikan tanggungjawab asas menyediakan keperluan untuk para ibu. Maka ibu terpaksa menjadi bapa dan juga ibu kepada anak-anak mereka.

Dalam usaha pembelaan para ibu tunggal - sama ada yang kematian suami ataupun yang telah diceraikan, Wanita JIM menuntut agar kaum keluarga terdekat terutamanya para bapa dan saudara kandung lelaki wanita itu sendiri untuk mengambil sepenuh tanggungjawab membantu kehidupan wanita malang ini. Bukannya dibiarkan begitu sahaja, sekadar bersimpati tanpa sebarang sokongan dari aspek material mahupun berusaha memenuhi keperluan emosi anak-anak yang terpaksa hidup tanpa kehadiran bapa. Lelaki yang menceraikan isterinya mestilah diperingatkan dengan tegas agar mematuhi peraturan asas dan tatacara perundangan mengenai perceraian yang mewajibkan suami memberikan nafkah sepanjang dalam iddah, tidak menghalau keluar ibu tersebut dari rumah kediamannya dan pemberian hadhanah untuk saraan anak-anak.

Wanita JIM juga merayu agar masyarakat umum secara serius membantu kaum ibu dalam usaha menerapkan disiplin dan gaya hidup sihat kepada anak-anak mereka. Kawalan sosial yang satu ketika dahulu menjadi benteng kepada anak-anak, hari ini semakin pudar dan tidak berfungsi dengan berkesan. Media massa juga didapati kurang menyokong usaha murni para ibu menyemai nilai dan budaya murni serta kehidupan berpandukan agama kepada anak-anak mereka. Gaya hidup yang bercirikan `hedonisme’ menjadi trend kehidupan yang ditonjolkan.

Wanita JIM juga merayu agar pihak berwajib dapat memberikan keadilan sewajarnya kepada kelompok tahanan ISA yang sudah begitu lama terpisah dari keluarga mereka. Penderitaan dan keperitan hidup kaum isteri tahanan ISA serta anak-anak mereka tidak dapat digambarkan.

Sempena Hari Ibu 2006 ini, Wanita JIM menegaskan sekali lagi betapa para ibu amat perlu diberikan sokongan dan bantuan dari semua pihak agar dapat memainkan peranan keibuannya dengan sempurna.



Di ambil dari laman web : www.jim.org.my

ahfadzi- Raikan hari ibu & hari nenek sekaligus. Terima kasih Ummi & Opah.