Thursday, April 20, 2006

Mesra

Kembali aktif setelah lama tidak meneroka blog sendiri & menulis.
Alasan mudah, sibuk. Wallahu'alam, sibuk dengan apa ye.

Sejak 17 April, isnin yang lepas bermula praktikal di Selangor Medical Centre. Dijangka habis pada 17 Jun untuk tempoh 8 minggu. Masuk hari ini dah pun hari yang kelima. Dalam lab tu setakat ini prestasi agak sederhana dan terhad dengan sedikit tugasan diberikan. Memang kena barangkali dengan tempoh yang tak sampai seminggu. Sedikit maklumat tentang tempat praktikal:

Tempat:
Selangor Medical Centre (SMC), Lot 1, Jalan Sing 20/1, Section 20, 40300 Shah Alam, Selangor
03-55431111

Department of Lab an Power:
a. Pekerja Pentadbiran 3(1 Chief Lab, 2 Kerani/ Administrator)
b.Medical Lab Technician- MLT 5 (3 Lelaki, 2 Perempuan)
c. Pekerja Pelatih setakat 20 April 2006 11 org
(1 dari TAR College - Chemistry& Biology ~tamat pada 20 April;
2 dari UIA -Biomedical Sc ~tamat pada 9 Jun;
3 dari UNISEL-Biotechnology Industry~tamat pada awal bulan mei&
5 dari KUTPM-Biomedical Sc ~tamat pada awal bulan mei).

Keadaan agak meriah tadi sempena farewell party Tan Mey Fen (dari TAR College) dengan jamuan 'pisang goreng komuter Shah Alam'. Sempat bagi Mey Fen salah satu koleksi badges 'La Taghdhob' (Jangan Marah) & CD dokumentari bertajuk 'SUPER SIZE ME-by Morgan Spurlock'

Bersama Mey Fen & Azrul

Sabda Rasulullah s.a.w tentang menguasai & menahan diri dari marah:
Bukanlah orang yang kuat itu mengalahkan orang lain dalam satu pertarungan tetapi yang kuat itu ialah orang yang dapat menguasai dirinya tatkala marah. (diambil dari buku Jalan Dakwah - Mustafa Masyhur, m/s: 145)

Sunday, November 27, 2005

kuat bekerja

Bangun seawal pagi dengan kekuatan melawan keinginan nafsu tidur yang membuak-buak.
Setelah selesai tuntutan agama mulakan diri dengan 'check list' apa yang nak dicapai hari ini.
Percayalah masa yang berlalu pasti tidak akan sia-sia dan lebih terjamin kualitinya.
Sarapan yang baik cukup berkesan memberi sokongan pada badan yang memerlukan sokongan setiap masa.
Hubungan yang baik sesama manusia pasti akan dihargai tambahan pula akan dihargai sepanjang perkenalan.
Moga hari ini lebih baik dari semalam..