Alasan mudah, sibuk. Wallahu'alam, sibuk dengan apa ye.
Sejak 17 April, isnin yang lepas bermula praktikal di Selangor Medical Centre. Dijangka habis pada 17 Jun untuk tempoh 8 minggu. Masuk hari ini dah pun hari yang kelima. Dalam lab tu setakat ini prestasi agak sederhana dan terhad dengan sedikit tugasan diberikan. Memang kena barangkali dengan tempoh yang tak sampai seminggu. Sedikit maklumat tentang tempat praktikal:
Tempat:
Selangor Medical Centre (SMC), Lot 1, Jalan Sing 20/1, Section 20, 40300 Shah Alam, Selangor
03-55431111
Department of Lab an Power:
a. Pekerja Pentadbiran 3(1 Chief Lab, 2 Kerani/ Administrator)
b.Medical Lab Technician- MLT 5 (3 Lelaki, 2 Perempuan)
c. Pekerja Pelatih setakat 20 April 2006 11 org
(1 dari TAR College - Chemistry& Biology ~tamat pada 20 April;
2 dari UIA -Biomedical Sc ~tamat pada 9 Jun;
3 dari UNISEL-Biotechnology Industry~tamat pada awal bulan mei&
5 dari KUTPM-Biomedical Sc ~tamat pada awal bulan mei).
Keadaan agak meriah tadi sempena farewell party Tan Mey Fen (dari TAR College) dengan jamuan 'pisang goreng komuter Shah Alam'. Sempat bagi Mey Fen salah satu koleksi badges 'La Taghdhob' (Jangan Marah) & CD dokumentari bertajuk 'SUPER SIZE ME-by Morgan Spurlock'
Bersama Mey Fen & Azrul
Sabda Rasulullah s.a.w tentang menguasai & menahan diri dari marah:
Bukanlah orang yang kuat itu mengalahkan orang lain dalam satu pertarungan tetapi yang kuat itu ialah orang yang dapat menguasai dirinya tatkala marah. (diambil dari buku Jalan Dakwah - Mustafa Masyhur, m/s: 145)
No comments:
Post a Comment