Friday, August 27, 2010

Khutbah Jumaat: YB Dr Shafie turun padang

Jumaat minggu ke-3 ramadhan (27 ogos), bersolat di Surau Al-Hidayah.
Alhamdulillah minggu ini berjaya juga tumpangkan Nizam dari simpang west country ke surau. Nizam pelajar IKBM, Inst Kemahiran Belia Mara sedang bercuti di rumah abang dia, mudah mesra walaupun baru kenal, tapi tak sempat hantar dia balik sekali lepas solat.
Masa khatib baca khutbah tak perasan lagi siapa penyampainya,dek kerna asyik dengan penyampaian yang sangat ilmiah dari segi hujah & rujukan berkaitan Nuzul Qur'an. Selepas doa selesai bila ditoleh ke belakang, alhamdulillah YB rupanya.

coretan dari blog YB Dr Shafie Abu Bakar

"Berikut dari sembahyang Jumaat di Surau Al-Hidayah. West Country yang khutbahnya berhubung dengan `Nuzulul Qur`an, maka selepas khutbah, jawatankuasa Kebajikan ADNS yang diketuai Haji Rushdi menyampaikan bantuan kepada faqir miskin. Turut hadir Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj, Saudara Mohd. Adram juga Ahli MPKj, Saudara Abdul Rahim JK Surau, jawatakuasa kebajikan, Pengerusi Surau, ahli-ahli JK kebajikan dan penerima-penerima bantuan. Seramai 25 orang menerima bantuan. ADNS juga menyampaikan cek bantuan kepada Masjid-Surau yang masih belum .
diambil oleh pihak Surau al-Hidayah sebelum ini."

Semasa di surau sempat bersua dengan jiran seseksyen, akhi Majid.

No comments: