Topik perbualan yang hangat
07/06/2006
Radzi: Jangan `bercuti sambil bekerja' kerana bola
Oleh Azman Ismail
PUTRAJAYA 6 Jun - Jika jutaan peminat bola sepak tidak sabar menantikan Piala Dunia bermula Jumaat ini, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad pula bimbang.
Beliau bimbang akan wujud fenomena `bercuti sambil bekerja' di kalangan pegawai kementerian itu kerana kurang tidur menonton perlawanan langsung di televisyen.
Siaran langsung untuk 64 perlawanan pada kejohanan berprestij itu, antaranya bermula tengah malam atau pada pukul 3 pagi. Kejohanan itu akan berakhir 9 Julai depan.
``Kalau mahu menonton perlawanan di televisyen tidak menjadi sebarang halangan tetapi mereka mesti mengekalkan prestasi kerja dan kita faham Piala Dunia hanya empat tahun sekali dan saya sendiri pun meminati bola sepak.
``Tapi apa yang saya mahu, pegawai-pegawai tidak terlalu leka dan seronok dengan kejohanan bola sepak Piala Dunia hingga mengabaikan tugas masing-masing di pejabat,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.
``Pegawai kita walaupun menonton perlawanan bola sepak pada sebelah malam, kesungguhan kerja di pejabat perlu ditekankan,'' tambahnya.
Beliau berkata, para pegawai kementerian itu juga perlu menjaga pemakanan dengan tidak mengambil makanan tidak berkhasiat sewaktu menonton setiap perlawanan di televisyen.
Diambil di sini
No comments:
Post a Comment