Wednesday, June 21, 2006

SEMINAR NASIONAL HAK ASASI MANUSIA DALAM ISLAM (SHAMDI)

SEMINAR NASIONAL
HAK ASASI MANUSIA DALAM ISLAM


Memartabatkan Hak Asasi Manusia Dalam Islam: Cabaran Semasa dan Penyelesaiannya
Tarikh
24 Jun 2006 (Sabtu)
Masa
8.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat
Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
Anjuran
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Kumpulan Karangkraf &
ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs)


Pengenalan

Mutakhir ini, wujud perjuangan menuntut agar negara-negara dunia, termasuk juga Malaysia menghormati dan menerima pakai hak asasi manusia yang di pelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, iaitu Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Seruan ini semakin kuat akibat daripada berleluasanya rentetan peristiwa ketidakadilan dan penindasan samada dalam arena politik, ekonomi, sosial, kekeluargaan mahupun pada peringkat individu. Tidak dinafikan juga, usaha menuntut agar negara-negara di dunia menerima pakai UDHR ini mungkin mempunyai agenda global yang terselindung (secara sedar dan tersusun) untuk memesongkan warga dunia daripada tunduk dan patuh kepada Tuhan yang sebenar, Allah Rabbul-Alamin.
Adalah menjadi suatu kewajipan untuk mengenengahkan hak asasi manusia dalam Islam sebagai satu-satunya alternatif sebenar kepada masyarakat. Hak asasi manusia dalam Islam ini hendaklah menjadi dominan dan dapat menggantikan UDHR. agar masyarakat dapat melihat keindahan dan keadilan yang digariskan dalam instrumen hak asasi manusia dalam Islam, iaitu Universal Islamic Declaration of Human Rights (UIDHR).


Objektif Seminar
a. Memberi kesedaran mengenai sumber, falsafah dan konsep hak asasi manusia menurut perspektif Islam
b. Mengetahui perbandingan instrumen hak asasi manusia antaranya Universal Islamic Declaration of Human Rights (UIDHR), Cairo Declaration of Human Rights in Islam (CDHRI) dan Universal Declaration of Human Rights (UDHR).
c. Mengutarakan keunggulan Islam dalam memperjuangkan hak asasi manusia dan keadilan
d. Mengenalpasti cabaran-cabaran dalam usaha memartabatkan hak asasi manusia dalam Islam.
e. Memastikan falsafah dan instrumen hak asasi manusia dalam Islam terus dominan dan diarusperdanakan dalam masyarakat

Aturcara Program
8.30 pagi Pendaftaran peserta

9.00 pagi Alu-aluan Pengerusi Majlis

9.05 pagi Ucapan Aluan Pengarah Program

9.15 pagi Kata-kata Aluan oleh Hj. Zaid Kamaruddin (Presiden JIM)

9.45 pagi Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Dr Abdullah Md Zin (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

10.05 pagi Rehat : Minum Pagi & Sidang Akhbar

10.30 pagi Sesi 1: Pembentangan Kertas Kerja:
Sumber, Falsafah dan Konsep Hak Asasi Manusia dari Perspektif Islam
Oleh Dr Hj Hassan b. Abdul Rahman
(Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah) Jabatan Peguam Negara)

11.45 pagi Sesi 2: Pembentangan Kertas Kerja
Comparative Analysis of The Instruments On Human Rights In Islamand the Instruments On Human Rights In International Law
Oleh Dr Azzam Tamimi (Institute. of Islamic Political Thought, London (IIPT)

1.00 ptg Rehat, Makan Tengahari & Solat Zohor

2.30 ptg Sesi 3: Forum
Memartabatkan Hak Asasi Manusia Dalam Islam: Cabaran Semasa dan Penyelesaiannya
Panelis:
1. Hj Zaid Kamaruddin (Presiden JIM)
2. Dr Azzam Tamimi (IIPT)
3. Dr Zainal Azam bin Abd Rahman (Pusat Syariah, Undang-undang & Sains Politik IKIM)

4.30 ptg Resolusi
5.00 ptg Minum Petang & Bersurai

Yuran Penyertaan

Dewasa RM80.00 seorang

Pelajar/Mahasiswa RM30.00 seorang

Bayaran yuran penyertaan adalah merangkumi kertas kerja seminar, langganan Majalah i selama 3 bulan*, makanan dan minuman (3 kali) dan kos pengurusan.
(*Sekiranya anda telah mempunyai akaun langganan majalah i, secara automatik langganan anda akan dilanjutkan untuk 6 bulan seterusnya)

B O R A N G P E N D A F T A R A N
Nama Individu / Organisasi

Alamat
Telefon
Rumah:
Tel Bimbit:
Emel

Yuran Penyertaan
Dewasa RM80.00 seorang .........X..... *
Pelajar/Mahasiswa RM30.00 seorang .............. *
Pembayaran
Bersama ini saya sertakan Tunai/Cek/MO/PO no. ...............................................Akan dimasukkan kedalam akaun Maybank.
sebanyak RM80/RM30** x ................. orang = RM .............................................
Cara Pembayaran Yuran Penyertaan
Membayar menggunakan cek atas nama
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA dan hantarkan kepada:
Sekretariat Seminar Nasional Hak Asasi Manusia
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Lot No 300.3 Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
Emel: jimhq@po.jaring.my

ATAU
Bank-inkan bayaran ke dalam akaun bank Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) berikut: Bank Muamalat (M) Bhd, akaun no. 1403 0000 3917 13 atau Maybank, akaun no. 562209608847. Kemudian fakskan bank in slip kepada 03-41071754 sebagai bukti pembayaran.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi Sekretariat Seminar Nasional:
En Mohd Kamal 012-2917 217
Pn Salina Awaluddin 03-4108 9669
Cik Saleha 03-4107 3379
Emel: jimhq@po.jaring.my
Tarikh Tutup Pendaftaran
17 Jun 2006

World Cup Fever

World Cup Fever
Pergi jumpa doktor awal pagi Rabu
Doktor tanya apa pasal dengan kamu
Demam World Cup dah dua minggu
Tidur tak lena makan tak lalu
Habis fikiran jadi celaru
Kehidupan rumahtangga haru-biru
Kerja pun jarang pergi MC selalu
Doktor tulis MC dah dekat dua buku
Pergi kerja mata pun selalu layu
Cari peluang tidur dicelah batu
Ini semua muka tak tau malu
Yang sedihnya terdiri dari Melayu
Sanggup berjaga malam tengok Astro
Walaupun yang bermain pasukan Togo
Ataupun pasukan lemah Serbia-Montenogoro
Bukan bintang Brazil Ronaldinho atau Ronaldo
Atau penyerang handalan Mexico Omar Bravo
Kita digalakkan berjaga malam bertahajuud
Kepada Allah kita rukuk dan sujud
Tapi bertahajud selalu tak ada mood
Tak sanggup keluar dari selimut
Tapi bola 3 pagi kita bangun tanpa dikejut
Inilah satu fenomena atau kemelut
Apalah salahnya kita ambik wuduk
Dirikan solat tahajud penuh tawadduk
Keris Silau,
21-6-2006
Diambil dari

Friday, June 16, 2006

Hari Bapa 18 June

KENYATAAN AKHBAR
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Perutusan Hari Bapa

14 Jun 2006

BAPA PRIHATIN TONGGAK MASYARAKAT BERKUALITI


Sesebuah institusi keluarga adalah merupakan unit-unit asas yang penting di dalam pembinaan struktur sesebuah masyarakat yang mantap.Institusi keluarga ini pula dikemudi oleh dua insan yang amat penting iaitu “Ibu” dan “Bapa”. Jika terdapat kecacatan pada salah seorang dari mereka dalam melaksanakan tanggungjawab mereka maka akan cacat dan terencatlah kelancaran bahtera institusi keluarga ini. Ibu dan bapa adalah amat penting dalam pembangunan sesebuah keluarga; hubungan antara keduanya dan juga dengan anak-anak mestilah erat dan rapat.

Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa gejala sosial yang berlaku adalah berpunca dari kerosakan dan keruntuhan institusi keluarga akibat hubungan yang retak di antara ahli keluarga. Gejala sosial seperti merokok, penyalahgunaan dadah, pengambilan minuman keras, seks bebas, dan pelbagai kegiatan jenayah yang melibatkan remaja yang semakin meningkat dan membimbangkan adalah berpunca dari lemahnya institusi keluarga dan kegagalan ibu-bapa dalam mendidik dan menyediakan model ikutan kepada anak-anak. Fenomena ini amatlah menggerunkan dan perlu ditangani segera disemua peringkat.

Sempena sambutan Hari Bapa pada tahun ini Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengajak rakyat Malaysia, terutama sekali para bapa untuk merenung kembali PERANAN mereka sebagai bapa dalam mengemudi institusi keluarga ke arah melahirkan generasi yang berkualiti demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Bapa boleh diumpamakan sebagai seorang “CEO” dalam sebuah syarikat. Sebagaimana seorang CEO beliau mestilah mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan dapat melaksanakan tugas dengan berkesan samada melibatkan kemaslahatan kakitangan, soal kewangan dan urusan perniagaan yang ditangani oleh syarikat. Sebagaimana seorang CEO juga yang sentiasa berusaha menggerakkan inisiatif baru bagi memastikan syarikat terus progresif, seorang bapa harus memikirkan langkah-langkah untuk menyediakan keluarga yang mampu untuk berdepan dengan pelbagai cabaran terutama dalam era globalisasi yang menghakis nilai-nilai murni kehidupan pada hari ini. Kesimpulannya seorang bapa perlu melengkapkan dirinya dengan pelbagai persiapan, ilmu dan kemahiran jika ia ingin melaksanakan tugas beliau dengan jaya dan berkesan.

Keluarga atau rumahtangga merupakan unit asas di dalam sesebuah negara. Jika negara diibaratkan seperti sebuah rumah, maka rumahtangga adalah asas binaan rumah tersebut. Dalam membangun sebuah negara yang maju dan progresif , asas binaan inilah yang perlu diperkukuhkan terlebih dahulu. Jika asasnya kukuh, akan teguhlah negara yang akan dibangunkan nanti. Jika sebaliknya, negara tersebut tidak akan bertahan lama dan hanya menantikan saat runtuhnya sahaja.

Menyedari akan betapa pentingnya peranan yang perlu dimainkan oleh para bapa dalam pembentukan institusi keluarga, JIM juga menggesa kepada pihak berwajib untuk memberi keadilan kepada para bapa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sudah begitu lama ditahan tanpa bicara. Mereka ini telah terpisah dari keluarga mereka untuk sekian lama dan dinafikan dari menyempurnakan tanggungjawab sebagai suami dan bapa terhadap keluarga mereka. Isteri dan anak-anak yang telah terpisah sekian lama tanpa kasih sayang seorang bapa sebagai ketua yang mengemudi institusi keluarga mereka sudah tentunya mengundang kepincangan kepada institusi keluarga tahanan ISA ini dan sekali gus kepada masyarakat Malaysia secara umumnya.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) ingin menyeru kepada semua para bapa di Malaysia agar :-

a) Berusaha bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan institusi keluarga.
Institusi keluarga yang mantap dan kukuh memerlukan seorang bapa yang mampu memimpin dengan adil dan saksama. Para bapa hendaklah menerajui dan memainkan peranan aktif dalam memakmurkan rumahtangga dan keluarga mereka. Mereka hendaklah dengan penuh rasa tanggungjawab memimpin keluarga berlandaskan aqidah yang mantap dengan berpandukan kepada Al Quran dan As Sunnah.

b) Menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab dan memenuhi hak-hak ahli keluarganya,
Sebagai ketua keluarga, seorang bapa bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan yang mencukupi kepada ahli keluarganya yang terdiri dari isteri dan anak-anak. Ini adalah kerana anak-anak bakal mewarisi dan mengambil tempat ibu bapa pada hari ini. Pendidikan amat penting kerana melaluinyalah nilai-nilai masyarakat seperti akhlak dan pegangan hidup dapat diperturunkan kepada anak-anak yang merupakan pewaris generasi akan datang. Pendidikan juga dapat mengatur anggota masyarakat agar hidup berdasarkan kasih-sayang, hormat-menghormati dan mempunyai sifat kepedulian yang tinggi, yang akan mewujudkan sebuah negara yang aman makmur.
Surah An Nisaa’, ayat 9 bermaksud :
“Dan hendaklah takut kepada ALlah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap kesejahteraan mereka….”
mengingatkan ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak yang lemah sebagai generasi pelapis. Seorang bapa haruslah mendidik anak-anak agar mereka mempunyai kualiti yang diperlukan untuk menjalani kehidupan di zaman mereka kelak.

c) Menjadi individu yang penyayang dan pelindung kepada setiap ahli keluarganya.
Adalah menjadi tanggungjawab asasi bagi seorang bapa mewujudkan suasana yang aman dan persekitaran tempat tinggal yang selamat dan bebas dari segala bentuk gangguan yang boleh mengancam keluarga samada dari sudut fizikal, mental dan emosi.

Sabda Rasulullah s.a.w. mafhumnya :
“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan mukmin yang paling lemah lembut terhadap isterinya” (Hadith riwayat Tarmidhi)

d) Menjadi contoh yang terbaik (“role model”) dalam mendidik anak-anak untuk menghayati prinsip hidup yang baik.

Seorang bapa hendaklah mempunyai jati diri yang kuat dan berupaya menjadi contoh (“role model”), kebanggaan dan ikutan ahli keluarga. Contoh yang ditunjukkan hendaklah berupaya menerapkan sahsiah diri positif di kalangan ahli keluarga bagi menghayati prinsip-prinsip hidup yang baik untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

e) Menyuburkan suasana musyawarah dan semangat kerja berpasukan di kalangan ahli keluarga.

Para bapa hendaklah bertindak sebagai pemudahcara dan memberi ruang kepada setiap ahli keluarga untuk bersuara dan memberikan pendapat dalam membuat sesuatu keputusan bersama dalam urusan rumahtangga. Seorang bapa seharusnya menunjukkan sikap keterbukaan dan kesediaan untuk mendengar pandangan setiap ahli keluarganya, termasuk anak-anak dengan penuh kasih sayang dan tidak bersifat otokratik. Sifat mengambil berat antara satu sama lain akan dapat mengikat hati dan perasaan anak-anak khususnya remaja di dalam melahirkan semangat pasukan yang tinggi di dalam institusi keluarga. Ini akan seterusnya menyemarakkan rasa cinta dan perihatin di kalangan ahli keluarga.

JIM berharap agar para bapa akan menghayati, menyambut dan melaksanakan seruan di atas demi untuk masa depan keluarga, masyarakat dan negara .


ZAIRULSHAHFUDDIN ZAINAL ABIDIN
Ahli Jawatankuasa JIM Pusat
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga & Kebajikan

Saturday, June 10, 2006

Piala Dunia 2006

Kemaskini maklumat anda tentang piala dunia 2006;
Versi bahasa malaysia di sini
Versi bahasa inggeris di sini

SNADA


Tertanya-tanya SNADA bermaksud apa. Jadi dapat maklumat melalui internet. Lawati di sini

Bercuti sambil bekerja

Topik perbualan yang hangat

07/06/2006
Radzi: Jangan `bercuti sambil bekerja' kerana bola

Oleh Azman Ismail
PUTRAJAYA 6 Jun - Jika jutaan peminat bola sepak tidak sabar menantikan Piala Dunia bermula Jumaat ini, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad pula bimbang.
Beliau bimbang akan wujud fenomena `bercuti sambil bekerja' di kalangan pegawai kementerian itu kerana kurang tidur menonton perlawanan langsung di televisyen.
Siaran langsung untuk 64 perlawanan pada kejohanan berprestij itu, antaranya bermula tengah malam atau pada pukul 3 pagi. Kejohanan itu akan berakhir 9 Julai depan.
``Kalau mahu menonton perlawanan di televisyen tidak menjadi sebarang halangan tetapi mereka mesti mengekalkan prestasi kerja dan kita faham Piala Dunia hanya empat tahun sekali dan saya sendiri pun meminati bola sepak.
``Tapi apa yang saya mahu, pegawai-pegawai tidak terlalu leka dan seronok dengan kejohanan bola sepak Piala Dunia hingga mengabaikan tugas masing-masing di pejabat,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.
``Pegawai kita walaupun menonton perlawanan bola sepak pada sebelah malam, kesungguhan kerja di pejabat perlu ditekankan,'' tambahnya.
Beliau berkata, para pegawai kementerian itu juga perlu menjaga pemakanan dengan tidak mengambil makanan tidak berkhasiat sewaktu menonton setiap perlawanan di televisyen.

Diambil di sini

Monday, June 05, 2006

Resolusi Muzakarah Aktivis Muda Palestin

RESOLUSI

Muzakarah Aktivis Muda Palestin dan Isu Ummah
pada 4 Jun 2006 di Dzilal Consultancy, Gombak.


1. Semua wadah di IPT menggerakkan usaha secara proaktif dan kreatif untuk membangkitkan kesedaran dan kepedulian masyarakat kampus terhadap pembebasan al-Aqsa.
2. Menjana kutipan dana dengan pendekatan yang pelbagai dan berkesan. (Contohnya: pertandingan futsal untuk Palestin)
3. Mewujudkan sebuah badan gabungan mahasiswa yang menggerakkan usaha pembebasan al-Aqsa dan membentuk pandangan umum melalui isu Ummah.
4. Mendekati dan menggerakkan sekolah-sekolah yang berpotensi dan menjadikannya sebagai pusat aktiviti untuk usaha kesedaran membebaskan al-Aqsa dan program isu ummah.

Disepakati semua anggota Kongres
Muzakarah Aktivis Muda Palestin dan Isu Ummah Siri pertama