Monday, January 11, 2010

FINDING NEMO-JOM!!



PROGRAM FINDING NEMO!!!

APA YANG MENARIK? ^___~-belajar buat water rocket!! (yeah!!)
-sarapan disediakan untuk yang datang awal (nyum nyum)
-belajar satu lagi skill yang pasti membanggakan mak ayah ^_^ (surprise!!)
-asah bakat jadi komposer!! (waaaaah)
-test power tenaga muda remaja (wow!)


KHAS UNTUK REMAJA PUTERA 13-18 TAHUN
TEMPAT: PADANG & DEWAN SEK MEN SRI AL-AMIN BANGI
MASA: 8.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI
PELABURAN: HANYA RM5 SAHAJA
gen-pearl.blogspot.com
jom daftarkan anak2 sebelum khamis pada fadhli 019 264 8637

Thursday, October 29, 2009

[Idea #1]Think Simple to Solve Complex Problems.


>Usaha tangga kejayaan, namun usaha khusus menilai pendapat orang lain juga penting dalam memberi peluang '2nd oppinion' & mungkin itu adalah cara bagaimana Allah memberi jawapan kepada persoalan kita.


1. When NASA began launching astronauts into
space, they found out that the astronauts' pens wouldn't work at zero
gravity (ink wouldn't flow down to the writing surface). It took them
one decade and $12 million to solve this problem. They developed a
pen that worked at zero gravity, upside down, underwater, on
practically any surface including crystal, and at temperatures ranging
from below freezing to over 300 degrees C.

And what did the Russians do? The Russians used a pencil.


2. One of the most memorable case studies on Japanese management
techniques was the case of the empty soap box, which occurred in one
of Japan 's biggest cosmetics companies. The company received a
complaint that a consumer had bought a soap box that was empty.
Immediately the authorities isolated the problem to the assembly line,
which transported all the packaged boxes of soap to the delivery
department. For some reason, one soap box went through the assembly
line empty. Management asked its engineers to solve the problem.
Post-haste, the engineers worked hard to devise an X-ray machine with
high-resolution monitors manned by two people to watch all the soap
boxes that passed through the line, to make sure they were not empty.
No doubt, they worked hard and they worked fast but they spent whoopee amount of time and money to do so.



But when a rank-and-file employee in a small company was posed with the
same problem, he did not get into the complications of X-rays, etc but
instead came out with another solution. He bought a strong industrial
electric fan and pointed it at the assembly line. He switched the fan
on, and as each soap box passed the fan, it simply blew the empty
boxes out of the line.


3. A 50 feet long trailer having 48" wheels got stuck while entering a
midtown tunnel in New York because it was approximately 2.5 feet
taller than the height of the tunnel. The fire department and the
state department of transportation spent the whole day searching for a
solution, to no avail.

Then a child, aged about 9 years, asked his father, "Why can't they
take out the air from the tyre tubes? The height will automatically
come down."


Moral: Always look for simple solutions. And learn to focus on
solutions, not on problems.

If you look at what you do not have in life, you don't have anything.
If you look at what you have in life, you have everything.

Monday, September 07, 2009

Sunday, May 24, 2009

Modal Cerita [1]

Chinese Jews

Oscar Weil and Benjamin Oppenheimer are Jews, and were sitting in a
Chinese restaurant in Shanghai.

"Oscar," asked Benjie, "Are there any Jews in China?"

"I don't know," Oscar replied.
"Why don't we ask the waiter?"

When the waiter came by, Benjie asked him, "Are there any Chinese Jews
here in Shanghai?"
"I don't know sir, let me ask," the waiter replied, and he went
into the
kitchen.


He returned in a few minutes and said, "No, sir. No Chinese Jews."
"Are you sure?" Benjie asked.
"I will check again, sir" the waiter replied and went back to the
kitchen.

While he was still gone, Oscar said, "I cannot believe there are no Jews
in China, our people are scattered everywhere."

When the waiter returned he said, "Sir, no Chinese Jews."

"Are you really sure?" Benjie asked again. "I cannot believe
there are
no Chinese Jews."

"Sir, I asked everyone," the waiter replied exasperated. "We
have orange
Jews, apple Jews, tomato Jews and grape Jews, but no one ever hear of
Chinese Jews! If you want, we have Chinese Tea

Monday, May 11, 2009

Buku Motivasi [1] Laskar Pelangi


Kemaskini: Baru baca separuh buku.
Jangka Habis: Hari ini (11 mei 2009)

Cerita Motivasi [1] Ikan Jerung Kecil & Biji Buah Oren

KISAH ORANG JEPUN DAN IKAN JERUNG

Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan.Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan. Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan.

Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar!Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.


Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan.Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.

Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggapcabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif.Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita ” seekor ikan jerung kecil” dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
'Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.' (Al-Ankabut: 3)



KISAH PETANI DENGAN BIJI BUAH OREN



Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu.

Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.

Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya ” Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, "Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan.Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain.Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita.” "Saya tak paham la ayah” kata anaknya dengan kehairanan. "Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan......” sambung ayahnya.



Tiba-tiba anaknya mencelah "Saya dah faham ayah!Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. "Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi ” biji benih” kita dengan orang lain? Apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt.

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚوَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
'Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. ' (Al-Hasyr:9)

*Petikan daripada buku ”Life is an open secret: Think about it” by Zabrina A. Bakar

Wednesday, January 14, 2009

Makanan Tambahan Sepanjang Minggu

1. Alhamdulillah.. diberikan kekuatan dgn dapat merasakan nikmat pertemuan & keberadaan dalam tarbiah dgn rakan seusrah.
2. Bacaan Quran, bentang tugasan (tazkirah, hadis, tafsir, perkembangan dunia islam & sirah) & terus Pak Wan bagi pengisian ttg Fikrah.Di akhiri slot ini dgn pembahagian tugasan utk minggu depan.
3. Masing2 akan kemaskini perkembangan yang dilalui sepanjang minggu lepas & kemanisan bahagian ini bila isu yang timbul dikupas dengan pelbagai perspektif.
4. Diakhiri pertemuan dgn sedikit jamuan ringan, diselangi beberapa nohtah-nohtah penting apa yg akan berlaku hari-hari dalam seminggu mendatang. (Riadah JADI ahad nih, perjumpaan lain akan dimaklum melalui SMS)

Nah..begitulah makanan tambahan minggu nih yg boleh tahan hingga pertemuan akan datang. InsyaAllah pasti hadir dengan tugasan yang diberikan

Sunday, February 10, 2008

Rehlah Keluarga, 9 Februari 2008

Tautan Silaturrahim sangat penting bukti ISLAM amat menjaga & prihatin dengan pembangunan institusi keluarga.

Objektif:
1. Berkelah pun jadi ibadah!
2. Medan utk rapatkan hubungan kami adik-beradik, suami isteri, anak & ibubapa
3. Isi masa cuti sekolah dengan perkara berfaedah
4. Memenuhi muasofat "terurus kehidupan seharian" dan "badan yg sihat"
5. Rapatkan hubungan keluarga saya & keluarga isteri. (tak dapat capai sebab keluarga shah alam tarik diri atas faktor masa & ada urusan di shah alam yg tak dapat dielakkan)

objektif pada akhir rehlah tercapai.
Pergi pukul 9.25am, pulang pada pukul 12.35pm.
Alhamdulillah isteriku Maryam,
Mak,
adik-beradik Bilal, Ipah, Lah, Anas, Usamah,
Kak su

terima kasih utk rehlah yg sgt bermakna
pembuat air teh &pemandu Inova...
fadhli

Jaulah ke Kedah, 8 Februari 2008

Malam tu ada kenduri jiran, Hj Hasan. Jumpa jiran-jiran & muayasyah dgn mereka..
bila agaknya nak ziarah depa semua na...

Pergi Kedah bermula pada pukul 10.30pm di Desa Alamin.
Hidang Kopi Radix, Teh Pegaga (Asiatica) kepada Husaini & Faizal. Mengeteh & mengopi sambil borak-borak dengan ayah. Beberapa topik yang menarik: pilihan raya umum (PRU) terdekat, financial planning & penglibatan dakwah orang muda.

Perhentian pertama berhenti ialah di R&R Behrang dengan pemandu pertama, Husaini. tukar dengan saya, berhenti juga di R&R Tapah diganti dengan Faizal & Husaini kembali sehingga tiba di Exit Sg Petani Selatan pada 6.10am. Rekod 8 jam memang agak lama, sebab biasa ke Kedah dari KL boleh buat sekitar 5-6 jam aja.. Banyak tidur utk elak hilang fokus akibat mengantuk.

Selamat tiba di Hidayah Centre. Jumpa dengan Dhany, Moja, Auzan, Salehuddin UM, abg Salahuddin (Taufiq), Kwn Taufiq (kerja di Sepang Engineer), Naza UM, AO UTP, Hafiz (amir K P Pinang), & 2 orang rakan baru di Hidayah Centre.

Bergerak ke rumah Khadijah Azman/ Taqiuddin. Sarapan di sana & berkenal-kenalan dgn ikhwah di sana dgn sesi taaruf.

Tiba di rumah pengantin perempuan & sertai rombongan pengantin lelaki Bai, Mohd Hafiz B Hamid. Ada semasa majlis akad nikah, khutbah nikah 'Pak Abu', berjamu selera..

Singgah ke Kulim, kenduri kahwin Abdul Mughnii & Syikin. Mughnii rakan baik yg sangat prohatin ttg sahabatnya. Tiba masanya utk dia berkahwin, TAHNIAH

Buat dua pasangan pengantin:

"Barakallah hulakuma,
Baraka alaikuma,
Wa jam'a bainakuma fikhair.."


Tiba di Desa Al Amin pada 11.35pm. Syukran Husaini & Faizal, peluang berjaulah dgn ntum tak dapat saya lupakan.

Rehlah Rakan Seusrah di Sg Tekala

Rehlah (Picnic) bersama rakan seusrah pada 7 februari 2008, khamis.
Pengurus rehlah, zubair urus nasi & peralalatan makanan.
Akob, urus main dishes, ayam BBQ (perasa Satey)
Saya, minuman.
Haziki, pengisian rohani.

Mualim bermula 31 Disember 2007

Mualim bermaksud orang yang mengajarkan ilmu.

Friday, February 02, 2007

klinik & penanda buku KARISMA

Peace&blessing
Pagi
Tolong kawan yang terseliuh kaki dapatkan MC, sebab tak dapat pergi kelas. Tapi klinik UIA Kuantan tak buka lagi pagi tadi.
Masalah: UIA Kuantan tiada Standard Operating Procedure (SOP) tertentu kalau ada pelajar sakit untuk mendapatkan rawatan jika klinik tutup.

Pilihan yang ada tadi selepas aku hubungi staff Student Affair Division (STAD) UIA Kuantan, fellow blok F brothers, Operator UIA Kuantan dan jumpa staff di pejabat mahallah azzahrawi (brothers):
1. pergi hospital HTAA sendiri
2. tunggu klinik buka
3. tunggu giliran mendapat rawatan utk pelajar (tidak boleh jika waktu rawatan utk orang luar)
4. hubungi fellow bertugas.
*kebetulan kawan tak sakit teruk sangat pilih #2

Aku membayangkan bagaimana keadaan jika ada pelajar sakit teruk & tak sempat mendapat rawatan yang sepatutnya kerana tiadanya langkah2 & maklumat utk tindakan rakan2 pelajar tu
Not me not now?

Tindakan aku:
1. Perlu jumpa SRC, MRC, individu terlibat utk bangkitkan isu ni,
2. dapatkan jadual bertugas fellow dan waktu klinik buka utk maklumkan pelajar
3. Buat cadangan agar klinik UIA Kuantan dibuka 24 jam

Malam
Aku dapat yahoo msgr dari Firdaus ex-LUCT utk jual penanda buku KARISMA.
Sampel penanda-penanda ada di bawah:

harga RM 1 satu, berminat? ayoh kita berhubung.

Campus Interactive Day (CID)

Peace & blessing

Campus Interactive Day (CID) |6-7 jan 2007| IIUM Indera Mahkota Campus

Pagi
Aku berinteraksi dengan program CID melalui:
1. Buka gerai Brotherhood Corner dengan Megat Man, Zak & beberapa akhawat KARISMA UIA Kuantan.
Jualan termasuk: Hotdog Sedap (MegatMan & Zak), Roti Jala, Mee/Bihun Sup (Nik Su, Nik Aishah & kwn2), kek choc (akhawat) buah2(Amirullah), dadih hikmah (Fauzan), Air Minuman, Quran, Buku Tarbawi (Zak), Baju Brotherhood Art (Nasibah), etc..

Malam
2. Sertai pertandingan persembahan mewakil kulliyyah Sc.
Bersama Saadi(ketua), Jazli, Badrul, Dzaqqee, Don, Shafiq, Zaki, Hazman & Saifullah. Akhirnya dapat tempat ke-2, slps Kulliyyah Medic (Danda & rakan2). Tempat 3, Alied Health Sc (Radzi, Iqbal & rakan2)
klik here utk gambar CID.

Moga ukhuwwah terjalin bersama dalam melalui 2 aktiviti ini diberkati Allah & berterusan.


fadhli, Al Zahrawi CC

Wednesday, January 31, 2007

FYP aktif kembali

Peace & Blessing
Siang.
Alhamdulillah, lepas asr tadi aku tegur org sebelah, saja bina hubungan silaturrahim.
Rupanya seorang dr perubatan yg tgh buat phd, Dr Abu Bakar. Sedikit ttg dr abu nih, dia pensyarah Kuliyyah Farmasi (walaupun latar belakang perubatan), mengajar subjek anatomy & clinical pharmacy, ada 2 master (dalam surgery & anatomy), tgh buat phd dalam Molecular Cell (berkaitan dgn genetic) dan berasal dari Nigeria.

Bawa perbincangan ttg aku punya FYP, byk idea yg lebih dr Abu berkaitan konsep FYP, tambahan sedikit ttg FYP yg samar2 aku tahu. Asas dalam mencari bahan utk FYP ada dua: 1. Litreture Review 2. Methodology Review. Selepas dapat dua tu, istilah dr Abu pergi masuk bushes, masuk gua pon boleh utk dalami 2 perkara nih, bila dah faham baru keluar balik & teruskan dgn practical work.

Dah beberapa hari dingdong2 ttg FYP nih, insya Allah akan kembali aktif.
Pinjam buku library:
Basic method in Antibody Production and Characterization
Advanced Method in Cellular Immunology
Animal Testing in infectiology
Pasti ada kelainan dalam penemuan, Amin...

Malam.
Mesyuarat DERU UIA Kuantan
1.Update progress
2.Findings
3.View members

Fadhli,
library UIA Kuantan des

Thursday, November 30, 2006

aku ori bukan fotokopi

Alhamdulillah dapat tahu, JIMedia & RaudhatusSakinah akan buat satu 'fund rising' projek, buku & cd 'aku ori bukan fotokopi'. 'alla kullihal, cover cd&buku cadangn yg dah siap tak kena dgn konsep keremajaan projek nih. Bantuan diperlukan utk mencari pelukis kartun utk meremajakan buku&cd nih. InsyaAllah,akan jumpa pelukis, ihsan pg ni. IAllah ust zukri JIMedia terima di sbg pelukis buku yg bakal ngetop nih.. AMIN ya rabb..

seksyen 4, hari akob akad nikah.

Wednesday, June 21, 2006

SEMINAR NASIONAL HAK ASASI MANUSIA DALAM ISLAM (SHAMDI)

SEMINAR NASIONAL
HAK ASASI MANUSIA DALAM ISLAM


Memartabatkan Hak Asasi Manusia Dalam Islam: Cabaran Semasa dan Penyelesaiannya
Tarikh
24 Jun 2006 (Sabtu)
Masa
8.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat
Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
Anjuran
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Kumpulan Karangkraf &
ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs)


Pengenalan

Mutakhir ini, wujud perjuangan menuntut agar negara-negara dunia, termasuk juga Malaysia menghormati dan menerima pakai hak asasi manusia yang di pelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, iaitu Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Seruan ini semakin kuat akibat daripada berleluasanya rentetan peristiwa ketidakadilan dan penindasan samada dalam arena politik, ekonomi, sosial, kekeluargaan mahupun pada peringkat individu. Tidak dinafikan juga, usaha menuntut agar negara-negara di dunia menerima pakai UDHR ini mungkin mempunyai agenda global yang terselindung (secara sedar dan tersusun) untuk memesongkan warga dunia daripada tunduk dan patuh kepada Tuhan yang sebenar, Allah Rabbul-Alamin.
Adalah menjadi suatu kewajipan untuk mengenengahkan hak asasi manusia dalam Islam sebagai satu-satunya alternatif sebenar kepada masyarakat. Hak asasi manusia dalam Islam ini hendaklah menjadi dominan dan dapat menggantikan UDHR. agar masyarakat dapat melihat keindahan dan keadilan yang digariskan dalam instrumen hak asasi manusia dalam Islam, iaitu Universal Islamic Declaration of Human Rights (UIDHR).


Objektif Seminar
a. Memberi kesedaran mengenai sumber, falsafah dan konsep hak asasi manusia menurut perspektif Islam
b. Mengetahui perbandingan instrumen hak asasi manusia antaranya Universal Islamic Declaration of Human Rights (UIDHR), Cairo Declaration of Human Rights in Islam (CDHRI) dan Universal Declaration of Human Rights (UDHR).
c. Mengutarakan keunggulan Islam dalam memperjuangkan hak asasi manusia dan keadilan
d. Mengenalpasti cabaran-cabaran dalam usaha memartabatkan hak asasi manusia dalam Islam.
e. Memastikan falsafah dan instrumen hak asasi manusia dalam Islam terus dominan dan diarusperdanakan dalam masyarakat

Aturcara Program
8.30 pagi Pendaftaran peserta

9.00 pagi Alu-aluan Pengerusi Majlis

9.05 pagi Ucapan Aluan Pengarah Program

9.15 pagi Kata-kata Aluan oleh Hj. Zaid Kamaruddin (Presiden JIM)

9.45 pagi Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Dr Abdullah Md Zin (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

10.05 pagi Rehat : Minum Pagi & Sidang Akhbar

10.30 pagi Sesi 1: Pembentangan Kertas Kerja:
Sumber, Falsafah dan Konsep Hak Asasi Manusia dari Perspektif Islam
Oleh Dr Hj Hassan b. Abdul Rahman
(Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah) Jabatan Peguam Negara)

11.45 pagi Sesi 2: Pembentangan Kertas Kerja
Comparative Analysis of The Instruments On Human Rights In Islamand the Instruments On Human Rights In International Law
Oleh Dr Azzam Tamimi (Institute. of Islamic Political Thought, London (IIPT)

1.00 ptg Rehat, Makan Tengahari & Solat Zohor

2.30 ptg Sesi 3: Forum
Memartabatkan Hak Asasi Manusia Dalam Islam: Cabaran Semasa dan Penyelesaiannya
Panelis:
1. Hj Zaid Kamaruddin (Presiden JIM)
2. Dr Azzam Tamimi (IIPT)
3. Dr Zainal Azam bin Abd Rahman (Pusat Syariah, Undang-undang & Sains Politik IKIM)

4.30 ptg Resolusi
5.00 ptg Minum Petang & Bersurai

Yuran Penyertaan

Dewasa RM80.00 seorang

Pelajar/Mahasiswa RM30.00 seorang

Bayaran yuran penyertaan adalah merangkumi kertas kerja seminar, langganan Majalah i selama 3 bulan*, makanan dan minuman (3 kali) dan kos pengurusan.
(*Sekiranya anda telah mempunyai akaun langganan majalah i, secara automatik langganan anda akan dilanjutkan untuk 6 bulan seterusnya)

B O R A N G P E N D A F T A R A N
Nama Individu / Organisasi

Alamat
Telefon
Rumah:
Tel Bimbit:
Emel

Yuran Penyertaan
Dewasa RM80.00 seorang .........X..... *
Pelajar/Mahasiswa RM30.00 seorang .............. *
Pembayaran
Bersama ini saya sertakan Tunai/Cek/MO/PO no. ...............................................Akan dimasukkan kedalam akaun Maybank.
sebanyak RM80/RM30** x ................. orang = RM .............................................
Cara Pembayaran Yuran Penyertaan
Membayar menggunakan cek atas nama
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA dan hantarkan kepada:
Sekretariat Seminar Nasional Hak Asasi Manusia
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Lot No 300.3 Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
Emel: jimhq@po.jaring.my

ATAU
Bank-inkan bayaran ke dalam akaun bank Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) berikut: Bank Muamalat (M) Bhd, akaun no. 1403 0000 3917 13 atau Maybank, akaun no. 562209608847. Kemudian fakskan bank in slip kepada 03-41071754 sebagai bukti pembayaran.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi Sekretariat Seminar Nasional:
En Mohd Kamal 012-2917 217
Pn Salina Awaluddin 03-4108 9669
Cik Saleha 03-4107 3379
Emel: jimhq@po.jaring.my
Tarikh Tutup Pendaftaran
17 Jun 2006